DQALBU CATERING merupakan sebuah syarikat perusahaan keluarga di bawah syarikat DQALBU HOLDINGS SDN BHD yang beralamat di 1070 KAMPUNG GONG PAK JIN, KUALA NERUS, TERENGGANU
Diuruskan sepenuhnya oleh EN. ABDUL HARIS BIN CHE MANAN dan PN. KHADIJAH YUSOH selaku pengarah eksekutif dan dibantu beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal – hal yang berkaitan dengan urusniaga dan kerja – kerja yang dijalankan.
Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada, DQALBU CATERING mampu untuk mengendalikan dan menguruskan kerja – kerja pengurusan makanan serta kerja-kerja yang berkaitan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada mutu kerja yang terbaik.
DQALBU CATERING juga sentiasa mengekalkan prestasi yang terbaik dalam mengendalikan sesuatu majlis dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik